Liverpool bangkit kalahkan West Brom 2-1
Posted by admin on September 26th, 2012 11:51 PM | No Comment
LONDON: Anak buah Brendan Rodgers bangkit daripada ketinggalan untuk mara ke pusingan keempat saingan Piala Liga apabila menang 2-1 ke atas West Bromwich Albion di Stadium Hawthorns, awal pagi tadi.
Jemaah haji Malaysia tiba di Makkah
Posted by admin on September 26th, 2012 10:02 AM | No Comment
MAKKAH: Kumpulan pertama seramai 312 jemaah haji Malaysia selamat tiba di kota suci Makkah dari Madinah awal hari ini.
Gempa bumi 6.2 magnitud gegar pinggir pantai Mexico
Posted by admin on September 26th, 2012 01:56 AM | No Comment
MEXICO CITY: Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan pinggir pantai tengah Mexico tetapi tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan, kata Agensi Seismologi Amerika Syarikat pagi tadi.
20 terperangkap kebakaran lombong di Kanada
Posted by admin on September 25th, 2012 11:22 PM | No Comment
OTTAWA: Sekurang-kurangnya 20 pelombong potasium bawah tanah terperangkap akibat kebakaran di Wilayah Saskatchewan di selatan Kanada, hari ini.
Polis akan serah kertas cadangan laporan bantahan kenyataan Ngeh kepada unit pendakwaan
Posted by admin on September 24th, 2012 11:54 AM | No Comment
IPOH: Polis akan menyerahkan kertas cadangan kepada Ketua Unit Pendakwaan negeri Perak berhubung laporan polis yang dibuat terhadap kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang didakwa mempertikai bantahan umat Islam terhadap filem 'Innocence of Muslims' dalam masa terdekat.
Ibu dipenjara sehari kerana curi barang termasuk ikan siakap
Posted by admin on September 24th, 2012 11:16 AM | No Comment
AYER KEROH: Seorang ibu beranak tiga dipenjara sehari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah mencuri barang di pasar raya termasuk seekor ikan siakap.
Pemandu rentung kereta rempuh lori di Melaka
Posted by admin on September 24th, 2012 10:10 AM | No Comment
ALOR GAJAH: Seorang pemandu maut sebelum rentung apabila kenderaan dipandunya merempuh lori penyeludup di Kilometer 194.9 Lebuh raya Utara Selatan jam 6 pagi tadi.
Shahrizat minta peruntukan lebih untuk PDRM tangani jenayah seksual
Posted by admin on September 24th, 2012 09:58 AM | No Comment
KUALA LUMPUR: Wanita Barisan Nasional (BN) meminta kerajaan menambah peruntukan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Belanjawan 2013 bagi membolehkan pasukan itu memperkukuhkan siasatan berhubung jenayah seksual, keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak.
Bekas TKP Imigresen bebas tuduhan rasuah
Posted by admin on September 24th, 2012 09:47 AM | No Comment
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini membebaskan bekas Timbalan Ketua Pengarah Imigresen, Yusof Abu Bakar daripada 14 tuduhan rasuah melibatkan RM121,500.
3 maut, 2 parah nahas 9 kenderaan di Melaka
Posted by admin on September 24th, 2012 09:45 AM | No Comment
AYER KEROH: Tiga maut manakala dua parah dalam kemalangan ngeri membabitkan sembilan kenderaan di Persimpangan Seri Negeri berhampiran bangunan Kota Cemerlang jam 3.30 petang tadi.
