Sukan Paralimpik: Hasihin mara ke separuh akhir
Posted by admin on September 1st, 2012 11:32 PM | No Comment
PEMANAH elit paralimpik negara, Hasihin Sanawi melakar kejayaan cemerlang selepas berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir acara recurve individu lelaki W1/W2 (bekerusi roda) pada Sukan Paralimpik 2012, semalam.
Sukan Paralimpik: Tangan kanan jadi kaku jejas peluang Jamery ke final
Posted by admin on September 1st, 2012 11:30 PM | No Comment
TANGAN kanan yang kaku selepas menamatkan 100m renangan, Jamery Siga terpaksa akur tidak dapat melangkah ke peringkat akhir pada temasya Sukan Paralimpik 2012 London semalam.
Terjun tingkat satu
Posted by admin on September 1st, 2012 10:56 PM | No Comment
KLUANG: Bimbang diketahui keluarga, seorang lelaki berusia 20 tahun nekad merempuh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) sebelum terjun dari tingkat satu sebuah hotel bajet di sini, untuk mengelak ditahan, pagi semalam.
Harta RM2.5j hangus
Posted by admin on September 1st, 2012 10:55 PM | No Comment
KUALA TERENGGANU: Pengarah Mara Negeri, Abdullah Muhamad mendakwa kebakaran membabitkan tingkat dua bangunan itu dipercayai berpunca daripada aktiviti tidak sihat remaja.
Umpan pakej 2 dalam 1
Posted by admin on September 1st, 2012 10:54 PM | No Comment
KUALA LUMPUR: Kewujudan sebahagian besar pistol haram di negara ini dipercayai didalangi sindiket pengedaran dadah tempatan yang memperoleh senjata itu dari negara jiran secara percuma selepas membeli dadah dalam jumlah besar.
Nikah November?
Posted by admin on September 1st, 2012 10:54 PM | No Comment
DRAMATIS jelita yang sering dikaitkan dengan jejaka kacak, muda dan popular, Rozita Che Wan dikatakan bakal mengakhiri zaman solonya apabila membuat keputusan untuk bernikah dengan jejaka pilihan hati, ahli perniagaan berasal dari selatan tanah air.
Seronok ‘hanyut’ dengan 6 jantan
Posted by admin on September 1st, 2012 10:54 PM | No Comment
KUALA LUMPUR: Kejutan budaya, keinginan mencuba dan sikap tidak apa menjadi punca segelintir mahasiswi terjebak dengan kegiatan liar dan maksiat hingga mengundang bencana apabila terpaksa meninggalkan universiti atau menangguhkan pengajian kerana mengandung anak luar nikah.
Korban selamat rakan
Posted by admin on September 1st, 2012 10:34 PM | No Comment
GERIK: “Kami sempat melihat seladang itu menanduk rusuk kiri Musa, menyebabkan dia melambung lima meter ke udara sebelum tersangkut pada pohon buluh,” kata Isa Abdul Manas, 24, rakan kepada Musa Ismail, 55, yang maut diserang seekor seladang di Hulu Air Pasir, Banding, berdekatan Hutan Simpan Royal Belum, di sini, petang kelmarin.
Penyelamat redah hutan 10 jam
Posted by admin on September 1st, 2012 10:31 PM | No Comment
GERIK: Seramai 38 anggota penyelamat membabitkan polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta anggota bomba dan penyelamat mengharungi perjalanan sukar hampir 10 jam bagi meredah kawasan Puncak Titiwangsa untuk mengeluarkan tiga mangsa serangan seladang di Hulu Air Pasir, Banding, dekat Hutan Simpan Royal Belum, di sini, petang kelmarin.
2 beranak lemas
Posted by admin on September 1st, 2012 10:30 PM | No Comment
KENINGAU: Perjalanan tujuh sekeluarga dengan bot bagi menghadiri majlis perkahwinan keluarga di Kampung Inaka Pagalungan, dekat sini, mengundang tragedi apabila dua beranak dihanyutkan arus deras di Sungai Logongon, di sini, malam Khamis lalu.