Perhimpunan Agung UMNO 2012 ditangguh pagi esok
Posted by admin on November 30th, 2012 10:54 AM | No Comment
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2012 ditangguhkan sehingga jam 8.30 pagi esok selepas perbahasan usul ekonomi selesai di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, sebentar tadi.
Sungai di Selangor, Johor dan NS lebihi paras amaran, bahaya
Posted by admin on November 30th, 2012 10:40 AM | No Comment
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan sekitar Hulu Selangor di Selangor, Gemas di Negeri Sembilan dan Batu Pahat di Johor agar berwaspada kemungkinan banjir berikutan bacaan paras air sungai melebihi aras amaran dan bahaya.
Nasib Melayu Pulau Pinang contoh padah jika pembangkang memerintah
Posted by admin on November 30th, 2012 10:37 AM | No Comment
KUALA LUMPUR: Nasib orang Melayu terpinggir di Pulau Pinang wajar menjadi contoh mengenai padah yang akan diterima rakyat, terutamanya orang Melayu jika pembangkang dibenarkan memerintah negara ini, kata seorang perwakilan Persidangan UMNO 2012 hari ini.
Malaysia puji PBB berhubung status `negara pemerhati bukan anggota’ kepada Palestin
Posted by admin on November 30th, 2012 10:29 AM | No Comment
KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini memuji Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atas pemberian status 'negara pemerhati bukan anggota' kepada Palestin.
3 lelaki dihukum gantung bunuh remaja berusia 17 tahun
Posted by admin on November 30th, 2012 10:25 AM | No Comment
MELAKA: Mahkamah Tinggi di sini menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap tiga lelaki selepas didapati bersalah membunuh seorang remaja berusia 17 tahun yang mayatnya ditemui dalam sebuah but kereta pada 11 Mac 2010.
Najib, Muhyiddin antara lebih 7,000 jemaah solat Jumaat di PWTC
Posted by admin on November 30th, 2012 10:07 AM | No Comment
KUALA LUMPURL: Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai lebih 7,000 jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Rahman, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012.
NGO Islam serah memo kepada AS, tuntut Israel patuhi gencatan senjata
Posted by admin on November 30th, 2012 09:51 AM | No Comment
KUALA LUMPUR: Sebanyak 30 Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kuala Lumpur hari ini menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat di sini bagi menuntut Israel berpegang kepada arahan gencatan senjata di Semenanjung Gaza, Palestin.
Disiplin organisasi amalan penting dalam urus tadbir parti: Pemimpin UMNO
Posted by admin on November 30th, 2012 09:45 AM | No Comment
KUALA LUMPUR: Ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu mengikat diri mereka dengan disiplin organisasi supaya setiap tindakan tersusun dalam memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
ADUN BN Selangor keluar dewan kerana speaker berat sebelah
Posted by admin on November 30th, 2012 09:39 AM | No Comment
SHAH ALAM: Seramai 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dari Barisan Nasional (BN) keluar dewan hari ini kerana membantah tindakan Speaker, Datuk Teng Chang Kim, yang dianggap sebagai berat sebelah.
PM tinjau operasi pengamal media di PWTC
Posted by admin on November 30th, 2012 09:34 AM | No Comment
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa hampir satu jam meninjau dan beramah mesra bersama pengamal media yang membuat liputan Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.