- Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk petang ini dengan maklumat terkini menunjukkan lebih 10,800 mangsa dipindahkan berbanding lebih 6,000 mangsa pada sebelah pagi. Seramai 5,297 mangsa dipindahkan di Terengganu berbanding 2,594 pagi tadi, dan jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 3,218 berbanding 1,963 pada sebelah pagi, menurut portal rasmi kerajaan negeri masing-masing.

More:
Mangsa banjir di Pantai Timur kini hampir 11,000