Tiga terkorban serangan udara Israel di Gaza
Posted by admin on September 5th, 2012 11:58 PM | No Comment
GAZA CITY: Sekurang-kurangnya tiga warga Palestin maut manakala seorang parah apabila tentera Israel melancarkan sernagan udara ke atas Semenanjung Gaza, lewat malam tadi.
Perlawanan terakhir Roddick sentuh perasaan
Posted by admin on September 5th, 2012 11:49 PM | No Comment
NEW YORK: Dengan linangan air mata, Andy Roddick akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada Terbuka Amerika Syarikat (AS) serta mengakhiri kerjayanya dengan kekalahan kepada pemain Argentina, Juan Martin Del Potro di pusingan keempat, di gelanggan Flushing Meadows, awal pagi tadi.
Tembak ipar enggan kerja
Posted by admin on September 5th, 2012 10:48 PM | No Comment
KENINGAU: Berang sebaik menyedari adik iparnya enggan keluar bekerja, seorang lelaki bertindak ‘ala koboi’ apabila melepaskan dua das tembakan yang mengenai perut lelaki itu dalam kejadian di Kampung Samuran, dekat sini, Isnin lalu.
Dakap erat mayat
Posted by admin on September 5th, 2012 10:48 PM | No Comment
KUALA LUMPUR: Seorang ibu terpaksa dipujuk berulang kali supaya melepaskan dakapan mayat anak lelakinya yang maut selepas digilis lori dipandunya sendiri di Taman Taynton Harmoni, Cheras, di sini, semalam.
20 kali ditahan tiada MyKad
Posted by admin on September 5th, 2012 10:33 PM | No Comment
JOHOR BAHRU: “Hidup saya umpama pendatang haram. Sejak 17 tahun lalu, lebih 20 kali ditahan polis dan dimasukkan ke lokap hanya kerana ketiadaan MyKad.
Model sambilan serah diri bantu siasatan
Posted by admin on September 5th, 2012 10:33 PM | No Comment
JOHOR BAHRU: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang juga model sambilan menyerah diri di Balai Polis Sentral, Johor Bahru, di sini, semalam bagi membantu siasatan kes menghina gambar pemimpin negara di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur 30 Ogos lalu.
Ambil alih tanpa notis
Posted by admin on September 5th, 2012 10:32 PM | No Comment
SUBANG JAYA: Bersandarkan kepada kepakaran dalam bidang masing-masing, sindiket antarabangsa didalangi ceti haram atau along bersama institusi kewangan dan mereka yang terbabit dalam bidang perundangan dikesan menjadikan bangunan dan premis di sekitar Pelabuhan Klang sebagai pusat operasi pelbagai kegiatan haram.
DBKL kaji kurangkan lesen pusat hiburan
Posted by admin on September 5th, 2012 10:28 PM | No Comment
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengkaji semula pemberian lesen pusat hiburan serta kelab malam di ibu kota dan kemungkinan bilangan sedia ada dikurangkan.
Suspek anak saudara mangsa
Posted by admin on September 5th, 2012 10:27 PM | No Comment
KOTA BHARU: Keluarga wanita warga emas mangsa samun dan bunuh, Wan Kelthum Wan Hussain, 68, di Kampung Jebak, Jeram, dekat sini, kelmarin menerima satu lagi kejutan apabila suspek ditahan selepas disyaki melakukan jenayah itu anak saudara mangsa sendiri.
Pensyarah pitam rempuh tembok
Posted by admin on September 5th, 2012 10:27 PM | No Comment
ALOR GAJAH: “Tiba-tiba saya pitam dan kereta merempuh tembok jambatan,” kata pensyarah Kolej Risda, Mahfuzah Jamaluddin, 28, selepas kereta dipandu terbabit kemalangan di Jalan Lendu-Alor Gajah, di sini, petang kelmarin.