Sukan Paralimpik: Gear patah hampakan Hazwan-Naim tamatkan perlumbaan
Posted by admin on September 8th, 2012 11:19 PM | No Comment
SASARAN awal Mohd Khairul Hazwan Wahab yang bergandingan dengan juru pandu Khairul Naim Azhar untuk menamatkan perlumbaan di temasya Sukan Paralimpik London tidak tercapai.
Peruntukan kementerian ditambah
Posted by admin on September 8th, 2012 11:13 PM | No Comment
Ipoh: Peruntukan untuk hampir semua kementerian akan dinaikkan menerusi Bajet 2013 yang dibentangkan di Parlimen pada 28 September ini. Jemaah menteri dalam mesyuarat Kabinet, Rabu lalu sudah meluluskan draf bajet berkenaan.
Maut langgar konvoi pengantin
Posted by admin on September 8th, 2012 11:11 PM | No Comment
Endau: Seorang maut, dua lagi parah apabila sebuah kereta hilang kawalan dan melanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki rombongan pengantin di Kilometer 13, Jalan MersingEndau di sini, malam kelmarin.
Cadangan maju Bandar Getah
Posted by admin on September 8th, 2012 11:07 PM | No Comment
Malaysia mencadangkan pembangunan sebuah Bandar Getah di kawasan sempadan Kedah dan Thailand yang akan mengumpulkan perusahaan berasaskan getah sebagai bahan mentahnya.
‘Projek Mersing Laguna terbatal’
Posted by admin on September 8th, 2012 11:04 PM | No Comment
Mersing: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah, kegagalan pemaju Mersing Laguna memenuhi syarat perjanjian, menyebabkan projek bernilai RM22 bilion itu secara sendirinya terbatal. Titah baginda, berdasarkan laporan diterima, selepas enam bulan, pemaju masih gagal memenuhi syarat asas perjanjian iaitu meningkatkan modal berbayar syarikat RM200 juta.
Ahli sabotaj parti disingkir
Posted by admin on September 8th, 2012 11:02 PM | No Comment
Pagoh: Ahli dan pemimpin UMNO yang mensabotaj parti pada pilihan raya umum akan datang, akan disingkirkan daripada parti. Amaran itu diberi Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
‘Gangsa saya untuk ibu, ayah’
Posted by admin on September 8th, 2012 10:14 PM | No Comment
London: Atlit elit olahraga negara, Muhamad Ziyad Zolkefli meraih pingat gangsa acara lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajaran) pada Sukan Paralimpik London 2012, semalam.
Isu pencen paralimpik belum dicadang: Zolkples
Posted by admin on September 8th, 2012 10:13 PM | No Comment
London: Keputusan pemberian insentif kepada atlit paralimpik negara kekal seperti yang diputuskan sebelum ini, kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong.
RM189,399 milik Wiratchant
Posted by admin on September 8th, 2012 10:09 PM | No Comment
Shah Alam: Thaworn Wiratchant dari Thailand mencatat rekod apabila memenangi gelaran Jelajah Asia ke-14 selepas kejayaan tiga pukulan pada Masters Selangor Worldwide Holdings, semalam.
Moldova mangsa The Three Lions
Posted by admin on September 8th, 2012 10:09 PM | No Comment
Chisinau (Moldova): Frank Lampard meledak dua gol ketika England menampilkan persembahan dominan separuh masa menentang Moldova pada perlawanan pembukaan kelayakan Piala Dunia 2014 dengan kemenangan 5-0, jaringan terbesar The Three Lions di tempat lawan dalam masa 19 tahun.