7 maut letupan bom di Turki
Posted by admin on September 25th, 2012 11:59 PM | No Comment
DIYARBAKIR: Enam askar dan seorang orang awam dilaporkan terbunuh dalam letupan bom yang mensasarkan satu konvoi tentera di barat daya Turki, semalam.
Chelsea benam Wolves 6-0
Posted by admin on September 25th, 2012 11:42 PM | No Comment
LONDON: Kehadiran bekas kapten England, John Terry yang muncul selepas beberapa jam menghadiri perbicaraan disiplin ke atasnya, mencetus kemenangan besar Chelsea menewaskan Wolves 6-0 dalam saingan Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
City tersingkir dikejutkan Aston Vila 4-2
Posted by admin on September 25th, 2012 11:29 PM | No Comment
MANCHESTER: Dua gol ledakan Gabriel Agbonlahor memastikan Aston Villa menang ke atas Manchester 4-2 dalam saingan pusingan ketiga kalah mati Piala Liga di Eastlands, awal pagi tadi.
20 terperangkap kebakaran lombong di Kanada
Posted by admin on September 25th, 2012 11:22 PM | No Comment
OTTAWA: Sekurang-kurangnya 20 pelombong potasium bawah tanah terperangkap akibat kebakaran di Wilayah Saskatchewan di selatan Kanada, hari ini.
Parah akibat panik
Posted by admin on September 25th, 2012 11:01 PM | No Comment
KUALA LUMPUR: Seorang pelancong warga Vietnam patah tulang belakang selepas panik dan terjun dari tingkat dua dalam kejadian kebakaran di sebuah hotel bajet di Jalan Changkat, Bukit Bintang, di sini, semalam.
Dipenjara 20 tahun padah campak anak
Posted by admin on September 25th, 2012 11:00 PM | No Comment
IPOH: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas didapati bersalah mendera dan mencampak anak lelakinya ke dinding rumah hingga menyebabkan mangsa mati, empat tahun lalu.
Dua penyamun ‘tukar’ jadi jaga
Posted by admin on September 25th, 2012 10:59 PM | No Comment
KAJANG: Dua daripada 15 lelaki yang memecah masuk sebuah pusat pameran kereta di Sungai Long, di sini, awal pagi semalam, berlakon sebagai pengawal keselamatan selepas menawan dua pengawal di situ sebelum melarikan lima kenderaan Honda bernilai lebih RM700,000.
Mencungap minta tolong
Posted by admin on September 25th, 2012 10:59 PM | No Comment
YAN: “Saya nampak darah memancut keluar dari lehernya ketika dia menggoncang pagar rumah saya minta bantuan,” kata Rohani Omar, 54, saudara kepada Jamaliah Ali, 55, yang parah akibat dikelar di leher dalam kejadian samun di Kampung Teroi, di sini, pagi semalam.
Ibu mati di pangkuan
Posted by admin on September 25th, 2012 10:59 PM | No Comment
MELAKA: Kegembiraan seorang ibu empat anak mendapat motosikal roda tiga selepas dua tahun menunggu berakhir tragedi berdarah apabila dia maut selepas berlanggar dengan anaknya dalam kemalangan di Jalan Tunku Abd Rahman, Batu Berendam di sini, kelmarin.
2 sahabat baik ditelan lubuk
Posted by admin on September 25th, 2012 10:39 PM | No Comment
BATANG KALI: “Saya lemah lutut dan trauma kerana hanya mampu melihat dua rakan karib tenggelam dan timbul ditelan lubuk pusar tanpa mampu berbuat apa-apa,” kata Khairul Anwar Md Asri, 16, menceritakan detik cemas dialami Muhammad Syawal Syahiran Kamarolzaman, 18, dan Alif Anwar Amiruddin, 21, yang lemas ketika mandi di Air Terjun Sungai Kedondong, Jalan Genting Highlands, dekat sini semalam.
