Anggota perintis bomba bantuan
Posted by admin on April 30th, 2013 05:11 PM | No Comment
Semenyih: Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih menjadi perintis kepada pencapaian baru dalam perkhidmatan apabila mempunyai anggota dalam kalangan orang awam yang dilantik sebagai bomba bantuan.
Kebas RM10,000
Posted by admin on April 30th, 2013 05:10 PM | No Comment
Seorang pemilik sebuah stesen minyak di Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Luar Kajang (SILK) kerugian lebih RM10,000 selepas pejabatnya di stesen minyak itu dipecah masuk seorang lelaki, pagi semalam.
132 staf Media Prima tunai umrah
Posted by admin on April 30th, 2013 05:10 PM | No Comment
Sepang: Seramai 132 warga kerja Kumpulan Media Prima bersama ahli keluarga masing-masing berlepas ke Makkah, semalam untuk mengerjakan umrah dan ziarah di Tanah Suci selama 12 hari.
Konsert HM di TV3
Posted by admin on April 30th, 2013 05:09 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Kemeriahan Konsert Ekspresi Harian Metro (HM) 2013 yang membariskan persembahan penghibur dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia pada 16 Februari lalu akan disiarkan di TV3 selama sejam mulai jam 6 petang hari ini.
Cipta sejarah rentasi Jambatan Kedua
Posted by admin on April 30th, 2013 05:08 PM | No Comment
Georgetown: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mencipta sejarah apabila menjadi pemimpin pertama menaiki kereta merentasi Jambatan Kedua Pulau Pinang untuk menghadiri satu majlis di Kepala Batas, dekat sini, semalam.
PAS tidak lagi berupaya
Posted by admin on April 30th, 2013 05:07 PM | No Comment
Kluang: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan PAS tidak lagi berupaya mempertahankan asas perjuangan mereka selepas dilihat terpaksa tunduk kepada rakan pakatan pembangkang terutama DAP.
Pekerja diutamakan
Posted by admin on April 30th, 2013 05:07 PM | No Comment
Datuk Seri Najib Razak berjanji akan melipatgandakan usaha bagi memastikan peningkatan taraf hidup setiap pekerja di Malaysia jika kerajaan Barisan Nasional (BN) diberikan mandat kukuh pada pilihan raya umum Ahad ini untuk memerintah negara.
‘Dapat rasa angin perubahan’
Posted by admin on April 30th, 2013 05:07 PM | No Comment
Kepala Batas: Keyakinan rakyat terhadap angin perubahan dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN), semakin dirasai berdasarkan sokongan rakyat yang semakin memberangsangkan kepada kepemimpinan parti itu untuk dinobatkan semula di negeri itu.
Budak 4 tahun mangsa rogol meninggal
Posted by admin on April 30th, 2013 04:25 PM | No Comment
Mumbai: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia di hospital hampir dua minggu selepas dia diperkosa dan ditemui tidak sedarkan diri di ladang, kata kakitangan hospital semalam.
Hizbullah didakwa sudah peroleh senjata kimia Syria
Posted by admin on April 30th, 2013 04:24 PM | No Comment
Baitulmaqdis: Seorang bekas Menteri Pertahanan Israel mendakwa senjata kimia Syria sudah diperoleh oleh kumpulan Hizbullah di Lubnan,
Ia dakwaan pertama seumpamanya oleh seorang ahli politik kanan Israel. Dia bagaimanapun tidak menyokong dakwaan itu dengan bukti.