Bebas selepas bicara hanya dua hari
Posted by admin on April 2nd, 2013 11:46 PM | No Comment
Shah Alam: Seorang penarik kereta terpaksa menunggu 20 bulan untuk perbicaraan kes mengedar dadahnya bermula, namun tidak sampai dua hari perbicaraan dijalankan, Mahkamah Tinggi di sini, semalam melepaskannya tanpa perlu dipanggil membela diri.
Dua penaja tarik diri
Posted by admin on April 2nd, 2013 11:46 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Di sebalik kerancakan membuat persiapan untuk pementasan teater pertamanya, Chow Kit Road! Chow Kit Road! di Istana Budaya (IB) pada Mei nanti, penerbit Masa Kini Theatre Company, Datin Sabera Shaik dikejutkan dengan penarikan diri dua penaja utama yang sebelum ini bersetuju menaja teater yang menelan belanja asal sekitar RM1.6 juta.
Drebar nyaris maut lori tangki diesel terbalik
Posted by admin on April 2nd, 2013 11:45 PM | No Comment
Seremban: Seorang pemandu lori tangki nyaris terbunuh selepas kenderaan berat membawa diesel hilang kawalan dan terbalik di Plaza Tol Seremban-Port Dickson, di sini, semalam.
‘Berkampung’ sama penduduk
Posted by admin on April 2nd, 2013 11:45 PM | No Comment
Lahad Datu: Selepas hampir sebulan dilancarkan, Op Daulat kini memasuki fasa ketiga iaitu penstabilan apabila pasukan keselamatan berusaha membantu penduduk membina semula kehidupan mereka yang terganggu akibat pencerobohan pengganas.
Mati kren tumbang
Posted by admin on April 2nd, 2013 11:44 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Saya dengar jeritan pemandu kren disusuli dentuman kuat dari belakang gerai tempat kami minum,” kata Rahman Apendi, 52, saksi kejadian kren tumbang menyebabkan seorang pekerja maut manakala seorang lagi parah di Jalan Gurney, di sini, semalam.
Serbu makmal dadah
Posted by admin on April 2nd, 2013 11:44 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Polis merampas dadah jenis syabu bernilai RM2.3 juta dalam tiga serbuan sekitar ibu negara dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang turut membawa kepada penemuan makmal memproses dadah, minggu lalu.
Tembak imam naik minyak
Posted by admin on April 2nd, 2013 11:44 PM | No Comment
Kuantan: Saya lihat sendiri bagaimana pengganas digelar imam itu menetak tangan seorang anggota polis berkali-kali walaupun badannya ditembak bertalu-talu anggota keselamatan.
‘Malang menjelang nikah’
Posted by admin on April 2nd, 2013 11:44 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Bukan hanya baju dan cincin, beras untuk kenduri kahwin pun dah jadi abu. Yang tinggal cuma tong gas,” keluh Permaisuri Abdullah, 58, selepas rumahnya musnah terbakar bersama 14 rumah lain di Kampung Puah Lembah, Sentul, di sini, semalam.
15 peluru dendam
Posted by admin on April 2nd, 2013 11:44 PM | No Comment
SERDANG: Akibat dendam, seorang penganggur maut selepas terkena sembilan daripada 15 das tembakan yang dilepaskan padanya di perkarangan tempat letak kereta Flat Taman Seri Serdang di sini, kira-kira jam 9.30 malam tadi.
Pendaki warga emas mahu tawan Everest
Posted by admin on April 2nd, 2013 11:22 PM | No Comment
- Seorang pendaki warga Jepun yang pernah menjalani pembedahan jantung sebanyak empat kali berhasrat menakluki puncak tertinggi di dunia, Gunung Everest untuk kali ketiga.