Tak cukup sengat
Posted by admin on April 30th, 2013 09:51 PM | No Comment
MADRID: Borussia Dortmund berjaya mengekang asakan hebat Real Madrid untuk melangkah ke final Liga Juara-Juara dengan agregat 4-3 meskipun tewas 2-0 di Bernabeu dalam perlawanan separuh akhir kedua awal pagi tadi.
Zeta-Jones jalani rawatan bipolar
Posted by admin on April 30th, 2013 08:17 PM | No Comment
Los Angeles: Aktres Catherine Zeta-Jones meminta bantuan lanjut untuk penyakit gangguan bipolarnya dalam apa yang digelar juru publisitinya satu ‘tindakan pro-aktif’ untuk mengambil berat kesihatannya.
3 pendaki batal hasrat ke Everest
Posted by admin on April 30th, 2013 08:16 PM | No Comment
Kathmandu: Sekumpulan tiga pendaki Eropah yang terbabit dalam pergaduhan di altitud tinggi dengan penunjuk arah Sherpa Nepal di Gunung Everest membatalkan pendakian mereka dan pulang dari Himalaya, kata sumber pendakian semalam.
Facebook mula kehilangan pengguna
Posted by admin on April 30th, 2013 08:16 PM | No Comment
London: Facebook kehilangan jutaan pengguna setiap bulan dalam sesetengah pasaran utamanya di seluruh dunia, perkara itu didedahkan.
Kelantan, Selangor mara
Posted by admin on April 30th, 2013 08:12 PM | No Comment
Kota Bharu: Dua gergasi bola sepak tanah air - Kelantan dan Selangor - mencapai apa dihajati apabila mencipta bangga mara ke pusingan kedua Piala AFC, malam tadi.
FAM mesyuarat 10 Julai rangka draf pindaan Artikel 88
Posted by admin on April 30th, 2013 08:05 PM | No Comment
Petaling Jaya: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan mesyuarat exco 10 Julai ini bagi merangka draf akhir mengenai pindaan terhadap Artikel 88 Statut FAM yang sentiasa menjadi perdebatan hangat di kalangan penggiat bola sepak tempatan.
Daren nyaris rebah, Wei Feng, Arif mara pusingan 2
Posted by admin on April 30th, 2013 08:03 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Sikap terlalu yakin 'nyaris memerangkap diri' pemain perseorangan lelaki negara, Liew Daren apabila dia terpaksa bekerja keras sebelum menang 15-21, 21-12, 21-11 ke atas Kaizar Bobby Alexender dari Indonesia pada pusingan pertama Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia di Stadium Juara Bukit Kiara, semalam.
Gunung Capital gah juarai pusingan kedua WAITGC
Posted by admin on April 30th, 2013 08:00 PM | No Comment
Kota Kinabalu: Catatan 919 pukulan menyaksikan pasukan Gunung Capital dari Malaysia muncul juara Kategori Gross, manakala Bad Girls dari Australia memenangi kategori nett Stableford pada pusingan kedua Kejohanan Golf Amatur Dunia Antara Berpasukan (WAITGC) Ke-23 di Sabah Golf &nd Country Club (SGCC) dan Dalit Bay Golf & Country Club (DBGCC), di sini baru-baru ini.
Atlet ‘Ride With Pride’ enggan nama diumum
Posted by admin on April 30th, 2013 07:59 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Empat atlet yang terpilih dalam program ‘Ride With Pride’ memberi reaksi positif tentang pemilihan masing-masing namun tidak mahu nama mereka diumumkan lagi sehingga Sukan Malaysia Ke-16 di Lembah Klang dari 28 Jun hingga 7 Julai ini berakhir.
Redknapp kekal di QPR
Posted by admin on April 30th, 2013 07:57 PM | No Comment
London: Harry Redknapp kekal sebagai pengurus Queens Park Rangers (QPR) selepas pemilik kelab, Tony Fernandes memberi jaminan tidak akan menjual pemain terbaik dimiliki mereka ketika ini.