Tembak di stesen minyak
Posted by admin on March 13th, 2013 11:47 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Jangan ambil gambar...nanti semua orang mati,” kata seorang lelaki memarahi petugas media yang merakam gambar seorang ahli perniagaan yang mati ditembak ketika berhenti di sebuah stesen minyak di Jalan Sentul, Sentul, di sini, semalam.
‘Tumpah darah’
Posted by admin on March 13th, 2013 11:46 PM | No Comment
Ipoh: Isteri kepada Allahyarham Asisten Superintendan (ASP) Zulkifli Mamat, Noor Aziah Noor, 28, yang kini mengandung dua bulan dilaporkan mengalami 'tumpah darah' dipercayai akibat terlalu berduka dengan tragedi menimpa suaminya.
Kereta baru beli 8 bulan ranap
Posted by admin on March 13th, 2013 11:45 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Saya berasa tidak sedap hati sebaik melihat pokok tumbang di kawasan parkir berhampiran flat kerana meletakkan kereta Perodua Viva di situ dan saya terkejut apabila mendapati kenderaan yang baru lapan bulan dibeli ranap dihempap pokok,” kata mekanik Wan Fadzil Roslan, 27, mangsa ribut di Flat Loke Yew, Jalan Hang Tuah, di sini, semalam.
Padah samun penarik kereta
Posted by admin on March 13th, 2013 11:45 PM | No Comment
Georgetown: Cubaan dua sahabat menyamun seorang penarik kereta membawa padah apabila seorang daripadanya parah dibelasah orang ramai sehingga hampir putus tangan dan cedera di belakang badan dalam satu kejadian di Taman Lip Sin, Sungai Nibong, di sini awal pagi semalam.
Rimas ‘perang’ khabar angin
Posted by admin on March 13th, 2013 11:45 PM | No Comment
Sebagai wartawan membuat liputan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, ramai antara kami, termasuk dari agensi luar negara cuba memberi laporan eksklusif dan terbaik untuk pertubuhan masing-masing.
Moga dicucuri rahmat
Posted by admin on March 13th, 2013 11:44 PM | No Comment
Subang: Dua anggota prebet Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang terkorban ketika bertugas dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah, kelmarin, dinaikkan pangkat kepada koperal.
Dua bot dipintas
Posted by admin on March 13th, 2013 11:44 PM | No Comment
Bongao (Tawi-Tawi): Sebuah bot peronda memintas dua bot membawa lebih 30 anggota 'tentera diraja' Jamalul Kiram III ketika mereka memasuki perairan Filipina dari Sabah pagi semalam.
Pengganas tunggu dekat kubur
Posted by admin on March 13th, 2013 11:44 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Kubur pengganas Sulu yang ditembak mati disyaki dijadikan 'umpan' oleh saki-baki rakan mereka untuk menyerang hendap anggota pasukan keselamatan yang berusaha mendapatkan mayat itu.
Atuk lemas
Posted by admin on March 13th, 2013 11:43 PM | No Comment
Kerian: Saya nekad terjun ke dalam terusan untuk menyelamatkan atuk namun sedih kerana gagal selamatkan nyawanya,” kata seorang kanak-kanak, Daniel Fikri Mohd Zaini, 12, yang cuba menyelamatkan datuknya, Samsuddin Osman, 56, selepas mangsa terjatuh ke dalam Terusan Selinsing, Kampung Tebuk Haji Dollah, Selinsing, Semanggol, di sini.
‘Bayiku lelaki’
Posted by admin on March 13th, 2013 11:43 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Saya tidak sabar menanti kehadiran bayi lelaki kami ini. Insya-Allah jika tiada aral melintang, saya akan melahirkan anak sulung pada penghujung Mac atau awal April depan,” kata Fasha Sandha ketika ditemui di majlis meraikan peminatnya juga Zizan Razak dan Didie Alias di Medan Ikan Bakar Ndah, Shah Alam, petang kelmarin.