Hodak, Red Warriors tertekan
Posted by admin on March 10th, 2013 11:58 PM | No Comment
Kota Bharu: Kelab penyokong Kelantan mendesak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) termasuk ketua jurulatih, Bojan Hodak ‘melakukan perubahan mendadak’ selepas juara tiga piala, musim lalu bergelut dengan prestasi tidak memuaskan.
Johor DT kecoh!
Posted by admin on March 10th, 2013 11:58 PM | No Comment
Shah Alam: Suasana bilik persalinan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Shah Alam, malam kelmarin difahamkan ‘menjadi panas’ apabila berlaku satu kekecohan yang kemudian tercetus khabar angin kononnya skuad Harimau Selatan mula hilang persefahaman antara pemain.
Impian hatrik Chong Wei berkubur
Posted by admin on March 10th, 2013 11:56 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Serba tidak menjadi! Mungkin itu rumusan yang boleh dibuat terhadap kekalahan jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei yang tewas kepada bintang muda China, Chen Long pada aksi final Seluruh England di National Indoor Arena, Birmingham malam tadi.
NZ jadi mangsa kedua Malaysia
Posted by admin on March 10th, 2013 11:54 PM | No Comment
Ipoh: Malaysia meneruskan kecemerlangan apabila meraih kemenangan kedua dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2013 di Stadium Azlan Shah, malam tadi.
Mancini harap sentuhan Tevez
Posted by admin on March 10th, 2013 11:50 PM | No Comment
Manchester: Pengendali Manchester City, Roberto Mancini percaya Carlos Tevez tetap akan memainkan peranan penting musim ini dan pada masa akan datang selepas dia membantu kelab itu mara ke separuh akhir Piala FA.
Maut jatuh balkoni
Posted by admin on March 10th, 2013 11:49 PM | No Comment
Subang Jaya: Tindakan seorang pengedar dadah melarikan diri daripada ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Tingkat 16, Blok 3, Apartmen Lagoon Perdana, Bandar Sunway, di sini, mengundang padah apabila dia maut akibat terjatuh dari balkoni kediaman itu, semalam.
Vettel pilihan juara 2013
Posted by admin on March 10th, 2013 11:47 PM | No Comment
London: Selepas kejayaan bergelar juara dunia tiga kali berturut-turut, Sebastian Vettel sekali lagi diletakkan sebagai pilihan bagi meneruskan dominasinya pada perlumbaan Formula Satu (F1) musim 2013 ditambah dengan penghasilan jentera Red Bull yang dilihat lebih kompetitif.
Woods gah terus dahului Kejuaraan Cadillac WGC
Posted by admin on March 10th, 2013 11:46 PM | No Comment
Miami: Tiger Woods mencatat tujuh birdie dengan yang terakhir dari jarak hampir lima meter pada lubang terakhir untuk mendahului Kejuaraan Cadillac WGC selepas tamat saingan hari ketiga kelmarin.
Suami bela isteri mati ditetak
Posted by admin on March 10th, 2013 11:44 PM | No Comment
Kuala Kubu Baru: Pergaduhan antara dua wanita sebelum berlarutan dengan serang menyerang antara suami masing-masing berakhir kematian seorang daripada lelaki terbabit di Jalan Padang Tembak, di sini, kelmarin.
Lelaki terkejut kekasihnya jantan
Posted by admin on March 10th, 2013 11:43 PM | No Comment
Miri: Harapan seorang lelaki untuk hidup bahagia dengan pasangannya berkecai selepas dia secara tidak sengaja mengetahui jantina sebenar kekasihnya ketika berkunjung ke sebuah pusat hiburan di sini, tiga hari lalu.