3,000 tahanan Palestin lancar mogok lapar
Posted by admin on February 24th, 2013 11:33 PM | No Comment
Baitulmaqdis: Seramai 3,000 rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel melancarkan mogok lapar sehari semalam membantah kematian seorangrakan mereka, kata pegawai ketika pihak berkuasa cuba mematahkan demonstrasi terbabit.
Rakyat kian bosan skandal rasuah
Posted by admin on February 24th, 2013 11:31 PM | No Comment
Jakarta: Skandal rasuah serius di Indonesia menjejaskan prospek parti pemerintah Indonesia menjelang pilihan raya 2014 dan mengakibatkan keputusan undian semakin tidak menentu berbanding sebelum ini, kata penganalisis.
Banjir landa pantai timur Australia
Posted by admin on February 24th, 2013 11:30 PM | No Comment
Sydney: Beribu-ribu penduduk di pantai timur Australia terputus hubungan akibat banjir semalam dengan hujan lebat dilaporkan meragut dua nyawa, manakala ribut memusnahkan rumah dan menumbangkan banyak pokok di Sydney.
Pengalaman pengaruhi keputusan pengadil
Posted by admin on February 24th, 2013 11:02 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Pengalaman antara faktor utama yang mempengaruhi keputusan seorang pengadil di atas padang dan ia hanya mampu dikutip dengan mengadili seberapa banyak perlawanan.
‘Kami boleh kejar pendahulu’
Posted by admin on February 24th, 2013 11:02 PM | No Comment
Kota Bharu: Peningkatan permainan dipamerkan skuad Kelantan ketika seri 2-2 menentang Pahang, malam kelmarin memberi harapan betapa The Red Warriors (TRW) kini sudah bangkit menemui rentak yang membawa mereka menjulang tiga piala musim lalu.
Kim Swee bawa dua misi ke Laos
Posted by admin on February 24th, 2013 11:01 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Ada dua misi penting skuad Harimau Muda A di Laos esok - menilai kelibat pemain muda tuan rumah dan memikat hati delegasi kelab Jepun, Ryukyu FC yang turut berada di sana.
Dollah tarik nafas lega ikat The Red Warriors
Posted by admin on February 24th, 2013 11:00 PM | No Comment
Kuantan: Walaupun sekadar seri 2-2 menentang Kelantan malam kelmarin, tetapi jurulatih Pahang, Dollah Salleh tetap menghamburkan pujian ke atas persembahan anak buahnya yang mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit dua kali menjaringkan gol selepas ketinggalan kepada lawan.
‘Usah remeh cabaran Pulau Pinang’
Posted by admin on February 24th, 2013 11:00 PM | No Comment
Kuala Terengganu: Biarpun prestasi Terengganu dalam saingan Liga Super ‘ala yo-yo’, namun penyerang Ashari Shamsuddin menaruh keyakinan tinggi betapa pasukannya mampu menewaskan Pulau Pinang dalam pusingan kedua, Piala FA di Stadium Bandaraya, esok.
Kedah, Kelantan terus digondol
Posted by admin on February 24th, 2013 10:44 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Nasib hutan di Kedah dan Kelantan yang gondol akibat pembalakan dan penerokaan tidak terkawal sudah beberapa kali didedahkan namun ancaman itu masih juga berterusan, kesannya kepada alam dan manusia mula dirasakan.
Tidak jual maruah negara
Posted by admin on February 24th, 2013 10:41 PM | No Comment
Seremban: Datuk Seri Najib Razak berkata sebagai Perdana Menteri beliau tidak akan menjual maruah kerajaan atau menjanjikan sesuatu yang tidak mungkin ditunaikan.