‘Pulanglah Norazlina’
Posted by admin on February 18th, 2013 11:21 PM | No Comment
Keluarga Norazlina Ismail, 23, yang menghilangkan diri dipercayai mengikut seorang lelaki tiga hari sebelum dinikahkan Sabtu lalu, berharap gadis itu pulang ke rumah dalam keadaan selamat.
Waspada ejen BL1M
Posted by admin on February 18th, 2013 11:21 PM | No Comment
Orang ramai dinasihat berwaspada dengan individu yang mengaku sebagai ejen Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) dan meminta wang untuk menguruskan bantuan itu.
Ajal sebelum sempat ke Makkah
Posted by admin on February 18th, 2013 11:20 PM | No Comment
Kota Bharu: Seorang bekas pelajar Maahad Tahfiz Sains Kok Lanas di sini, yang sepatutnya menunaikan umrah bersama ibu serta adiknya minggu depan tidak sempat berbuat demikian kerana maut dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Kuala Krai dekat Bunut Payung, di sini, petang kelmarin.
2 pengarah dijel
Posted by admin on February 18th, 2013 11:19 PM | No Comment
Dua pengarah syarikat terpaksa meringkuk dalam penjara selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas kesalahan menipu seorang Pengarah Urusan berhubung projek menaik taraf jalan Jabatan Kerja Raya (JKR) membabitkan RM1.5 juta.
Shabery minta dakwaan ke atas Kok Chi disiasat
Posted by admin on February 18th, 2013 10:07 PM | No Comment
PUTRAJAYA - Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) menyerahkan kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) untuk menyiasat dakwaan penyalahgunaan kemudahan dan dana oleh Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi.
Banjir kilat terburuk landa Puchong
Posted by admin on February 18th, 2013 10:07 PM | No Comment
PUCHONG - Beberapa buah kenderaan terperangkap selepas ditenggelami banjir kilat sedalam 1.5 meter berhampiran pusat beli-belah IOI Mall di Bandar Puchong Jaya di sini semalam.
Beruang, kuda mati di Zoo Melaka
Posted by admin on February 18th, 2013 10:07 PM | No Comment
MELAKA – Zoo Melaka dan Safari Malam Ayer Keroh yang selama ini menjadi tumpuan ramai digemparkan dengan kematian seekor beruang matahari betina dan seekor kuda jantan dipercayai akibat diracun.
Peluang kedua buat si muflis
Posted by admin on February 18th, 2013 10:07 PM | No Comment
KUALA LUMPUR - Individu yang muflis atau bankrap perlu diberi peluang kedua untuk memulakan kehidupan baharu dengan mendapat pelepasan insolvensi secara automatik dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun.
Dua peragut pramugari diberkas
Posted by admin on February 18th, 2013 10:07 PM | No Comment
PETALING JAYA - Hasrat dua pemuda berjoli selepas berjaya meragut beg tangan seorang pramugari AirAsia X warga Jepun tidak kesampaian apabila mereka bukan saja dicekup tetapi turut cedera terlibat dalam kemalangan tidak jauh dari lokasi mereka melakukan jenayah di Jalan Persiaran Kewajipan dekat sini semalam.
Kedai depan pondok polis dirompak
Posted by admin on February 18th, 2013 10:07 PM | No Comment
GOMBAK – Dua penjenayah bagaikan mencabar kewibawaan polis apabila mereka bertindak berani merompak dan melarikan tiga dulang berisi sejumlah rantai leher dianggarkan bernilai RM200,000 daripada sebuah kedai emas yang terletak hanya kira-kira 20 meter dari Pondok Polis Selayang Baru di Jalan 11 B, Selayang Baru di sini semalam.