5 negara paling bahaya untuk wanita
Posted by j5004f7t5 on December 30th, 2012 11:48 PM | No Comment
Afghanistan, Congo, Pakistan dan India adalah negara dunia yang paling berbahaya kepada golongan wanita kerana diancam keganasan, penderaan serta menjadi mangsa rogol. Insiden yang tidak berperikemanusiaan itu menyebabkan mangsa yang tidak berdaya, menjadi trauma sekali gus mengundang kepada perbuatan membunuh diri.
Maybank tawar mangsa banjir moratorium
Posted by admin on December 30th, 2012 11:22 PM | No Comment
KUALA LUMPUR — Maybank akan menawarkan moratorium bayaran bulanan pinjaman dan pengecualian caj tertentu bergantung keperluan kepada mangsa-mangsa banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang serta di kawasan lain yang terjejas.
Peta kawasan berisiko tanah runtuh dikeluarkan Jun 2013
Posted by roy on December 30th, 2012 11:22 PM | No Comment
KUALA LUMPUR — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dijangka mengeluarkan pada Jun depan peta bencana yang mengenal pasti kawasan tanah tinggi di Lembah Klang yang berisiko untuk didiami. Menyatakan demikian, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya telah meminta Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) menjalankan kajian mengenainya mulai Januari depan.
Gangguan bekalan air di KL, Gombak pulih dalam seminggu
Posted by admin on December 30th, 2012 11:22 PM | No Comment
KUALA LUMPUR — Gangguan bekalan air tidak berjadual kepada pengguna di sekitar Kuala Lumpur dan Gombak dijangka pulih secara berperingkat dan sepenuhnya dalam tempoh seminggu.
Banjir di Kelantan, Terengganu hampir pulih
Posted by admin on December 30th, 2012 11:22 PM | No Comment
KUALA LUMPUR — Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan hampir pulih sepenuhnya dengan keseluruhan mangsa di kedua-dua negeri itu menurun kepada 149 orang setakat 10.00 malam ini, berbanding 913 petang tadi.
DBKL mula bersih Jalan Bukit Setiawangsa
Posted by j5004f7t5 on December 30th, 2012 11:22 PM | No Comment
KUALA LUMPUR — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memulakan kerja pembersihan di Jalan Bukit Setiawangsa di sini yang ditutup berikutan kejadian tanah runtuh, hari ini.
Dua dakwa ditipu sindiket guna nama Bank Negara
Posted by admin on December 30th, 2012 11:22 PM | No Comment
KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta berhati-hati dengan taktik licik sindiket penipuan wang melalui panggilan telefon oleh individu yang menyamar kakitangan sebuah bank.
Program sukarelawan banjir jadi KPI KBS
Posted by roy on December 30th, 2012 11:22 PM | No Comment
KEMAMAN – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menjadikan program Sukarelawan Belia 1Malaysia Pasca Banjir sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam menggalakkan golongan belia melakukan kerja kesukarelawan.
Pelacur salun diberkas ketika ‘beraksi’ di ranjang
Posted by roy on December 30th, 2012 11:22 PM | No Comment
KUALA LUMPUR – Kegiatan haram pemilik salun yang menyediakan khidmat pelacur warga asing sejak beberapa bulan lalu berakhir apabila sebuah premis persundalan dua tingkat di kawasan Kepong di sini diserbu kelmarin.
Mayat terduduk di tepi jalan
Posted by roy on December 30th, 2012 11:22 PM | No Comment
MIRI – Seorang pengawal keselamatan yang ingin pulang ke rumah terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki yang merupakan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) terbaring di tepi jalan di Kampung Luak 3 di sini semalam.