Saringan ketat haji
Posted by admin on December 10th, 2012 09:36 PM | No Comment
Kuantan: Lembaga Tabung Haji (TH) akan membuat saringan dan memilih pencarum benar-benar layak diberi keutamaan menunaikan haji, berikutan jumlah mereka yang menunggu kini mencecah sejuta orang.
Cukai meningkat bukti ekonomi pesat
Posted by admin on December 10th, 2012 09:32 PM | No Comment
Cyberjaya: Kutipan cukai negara yang bertambah setiap tahun adalah hasil daripada pentadbiran kerajaan yang cekap sehingga membolehkan ekonomi berkembang dengan pesat.
‘Jangan tembak SPRM dari belakang’
Posted by j5004f7t5 on December 10th, 2012 09:30 PM | No Comment
Putrajaya: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed merayu kepada ahli politik agar tidak 'menembak SPRM dari belakang', suatu kecenderungan yang beliau sifatkan hanya menyulitkan usaha memerangi rasuah.
Kerajaan belanja RM5.574b laksana projek di Selangor
Posted by j5004f7t5 on December 10th, 2012 09:27 PM | No Comment
Shah Alam: Kerajaan Pusat membelanjakan RM5.574 bilion melaksanakan 439 projek pembangunan di seluruh Selangor sepanjang 2011 dan tahun ini, sekali gus membuktikan negeri di bawah pembangkang tidak dianaktirikan.
Tiada peruntukan wajibkan saudara baru tukar nama
Posted by admin on December 10th, 2012 09:23 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Tiada sebarang peruntukan undang-undang mewajibkan saudara baru untuk menukar nama kepada nama Islam dan menukar kad pengenalan dengan maklumat baharu.
ANAK bukan wakili suara peneroka
Posted by admin on December 10th, 2012 09:19 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Persatuan Anak Peneroka FELDA (ANAK) yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak wajar menghalang usaha melantik Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan FELDA (KPF).
Terengganu sedia bajet lebihan RM1.995 bilion tahun depan
Posted by j5004f7t5 on December 10th, 2012 09:03 PM | No Comment
Kuala Terengganu: Kerajaan Terengganu buat kali pertama membentangkan bajet lebihan dengan memperuntukkan RM1.995 bilion untuk perbelanjaan mengurus dalam Bajet 2013.
Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka dibuka 8 September
Posted by j5004f7t5 on December 10th, 2012 08:53 PM | No Comment
Butterworth: Jambatan Kedua Pulau Pinang yang kerja fizikalnya sudah mencecah 89 peratus siap, dijangka dibuka sepenuhnya kepada orang ramai 8 September 2013.
Pesara kerajaan disaran sumbang bakti
Posted by j5004f7t5 on December 10th, 2012 08:42 PM | No Comment
PUTRAJAYA — Pesara kerajaan disaran untuk terus menyumbang bakti mereka kepada masyarakat melalui aktiviti kemasyarakatan atau melibatkan diri dalam badan-badan bukan kerajaan, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
Mindef tambah lima pusat pemulihan banduan
Posted by admin on December 10th, 2012 08:42 PM | No Comment
KUALA LUMPUR — Kementerian Pertahanan (Mindef) akan membina lima lagi pusat tahanan dan pemulihan banduan untuk pesalah ringan bernilai RM12.5 juta mulai tahun depan sebagai antara langkah di bawah Strategi Lautan Biru dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN).