Peniaga yong tau fu yang dilaporkan hilang dua hari lalu ditemui mati
Posted by admin on August 15th, 2012 09:09 AM | No Comment
GEORGETOWN: Seorang peniaga yong tau foo yang dilaporkan hilang sejak dua hari lalu ditemui mati dengan beberapa kesan luka pada seluruh badannya, di sebuah restoran berdekatan Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, pagi ini.
Tiada cadangan lupus 1 peratus caj perkhidmatan PTPTN: Ismail
Posted by admin on August 15th, 2012 08:55 AM | No Comment
TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak bercadang melupuskan satu peratus caj perkhidmatan pentadbiran yang dikenakan kepada para peminjam.
PTPTN tawar RM100,000 bagi hadiah pertama peraduan Simpanan Bonanza SSPN-i
Posted by admin on August 15th, 2012 07:27 AM | No Comment
KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan wang tunai bernilai RM100,000 bagi hadiah pertama Peraduan Simpanan Bonanza Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).
Polis Pahang akan perluas kaunter bayaran pandu lalu di semua daerah
Posted by admin on August 15th, 2012 07:13 AM | No Comment
KUANTAN: Polis Pahang akan memperluaskan kaunter bayaran pandu lalu di semua daerah di negeri ini berikutan kejayaan kaunter bayaran pandu lalu yang diperkenalkan di cawangan trafik Jalan Mat Kilau di sini sejak 1 Ogos lepas.
‘Tolong kak ngah kena bakar’
Posted by admin on August 14th, 2012 09:56 PM | No Comment
KUALA LUMPUR: “Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar,” rintih seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.
Anak sakit bapa diculik
Posted by admin on August 14th, 2012 09:55 PM | No Comment
KUALA LUMPUR: “Anak kedua kami mengalami demam panas yang sangat kuat disebabkan terkejut dengan berita penculikan ayah mereka dan kami sekeluarga amat bimbangkan keselamatannya yang kini berada di bawah tahanan kumpulan lanun.
Tak pulang lepas ke ‘sekolah’
Posted by admin on August 14th, 2012 09:17 PM | No Comment
KUALA LUMPUR: “Pulanglah beraya di rumah sayang,” rayu seorang ibu selepas anak perempuan keduanya tidak pulang ke rumah mereka di Jinjang Utara, di sini, sejak 7 Ogos lalu.
Balasan bawa isteri, anak jual dadah
Posted by admin on August 14th, 2012 08:45 PM | No Comment
KOTA BHARU: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam terhadap tuduhan memiliki dadah jenis heroin ketika ditahan bersama bekas isteri dan dua anaknya, tahun lalu.
Suspek letup ATM ditahan
Posted by admin on August 14th, 2012 08:41 PM | No Comment
KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian meletupkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Pekan Masjid Tanah, Melaka, Ahad lalu.
Amaran KLHC, janji pertahan kejuaraan
Posted by admin on August 14th, 2012 03:47 PM | No Comment
JUARA bertahan Liga Perdana Hoki Malaysia, Piala TNB, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) memberi amaran awal untuk mempertahankan semua kejuaraan lalu dengan menamakan gabungan pemain senior dan remaja terbaik negara, selain paduan tenaga dua jurulatih Projek 2013, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah dan K Gobinathan.