Tukang jahit parah ditembak
Posted by admin on August 3rd, 2012 11:59 PM | No Comment
- Seorang lelaki yang merupakan pengusaha kedai jahit berusia 67 tahun, cedera parah di bahagian perut kerana ditembak tiga lelaki dari jarak dekat di pekan Kulim, kira-kira jam 12.45 tengah hari semalam.
Kurang sokongan punca Annan letak jawatan
Posted by admin on August 3rd, 2012 11:44 PM | No Comment
- Bekas wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)-Liga Arab, Kofi Annan menjelaskan peletakan jawatannya kelmarin sebagai duta antarabangsa Syria disebabkan pelan damai yang dibuat pada April lalu, tidak mendapat sokongan kuasa-kuasa besar.
Dijangka ramai beralih sokongan
Posted by admin on August 3rd, 2012 11:18 PM | No Comment
– PKR memberi gambaran awal berhubung 'berita baik' yang akan diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatannya di Sabah, Sabtu depan, dengan mendedahkan lebih ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) akan berhijrah menyokong Pakatan Rakyat (PR). Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, kedudukan BN di Sabah dijangka akan tergugat dan bakal berdepan kemelut, sekiranya 'berita baik' itu diumumkan nanti.
Hampiri misi emas
Posted by admin on August 3rd, 2012 11:16 PM | No Comment
LEE Chong Wei yang turun dengan tekad tidak mahu tewas, menampilkan riak wajah lega apabila memastikan final kedua berturut-turutnya selepas menundukkan pencabarnya dari China, Chen Long, semalam.
Ibu pesan usah berebut harta
Posted by admin on August 3rd, 2012 11:15 PM | No Comment
SEREMBAN: “Ibu telefon ketika saya bersiap untuk bersahur, tetapi saya tak sempat nak jawab. Saya hubungi semula ibu berkali-kali, tapi gagal dan cukup sedih apabila mendapat tahu ibu dan ayah sudah tiada.”
Tahanan cuba lolos ditembak
Posted by admin on August 3rd, 2012 11:15 PM | No Comment
GOMBAK: Penjenayah yang melarikan diri ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang untuk lanjutan reman, mencuri parang kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) di Puncak Templer, dekat sini, dan menggunakan senjata itu untuk melibas polis yang memburunya sebelum dia maut ditembak polis, petang semalam.
Azimat kebal lima jam
Posted by admin on August 3rd, 2012 11:15 PM | No Comment
KAJANG: Sekumpulan lima penjenayah warga Indonesia Geng Kerinchi yang dipercayai mengamalkan sihir termasuk memakai azimat dan mempunyai minyak pukau untuk menyamun, akhirnya tumpas ditahan polis lima jam selepas mereka merompak sebuah rumah di Kajang, minggu lalu.
Penjara 13 tahun
Posted by admin on August 3rd, 2012 11:02 PM | No Comment
SHAH ALAM: Seorang warga Iran dihukum penjara 13 tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 631.8 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dua tahun lalu.
Remaja putus cinta telan 80 biji pil
Posted by admin on August 3rd, 2012 11:01 PM | No Comment
ALOR GAJAH: Hanya kerana tidak dapat menerima hakikat cinta pertamanya terputus di tengah jalan, seorang remaja nekad menelan 80 pil darah tinggi milik ibunya di sebuah kampung dekat sini, Rabu lalu.
800 etnik Rohingya hampa gagal serah memo
Posted by admin on August 3rd, 2012 10:50 PM | No Comment
KUALA LUMPUR: Seramai 800 etnik Rohingya serta wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pulang hampa selepas gagal menyerahkan memorandum membantah penghapusan etnik di Arakan, Myanmar, ketika mengadakan demonstrasi aman di depan Kedutaan Myanmar di sini, semalam.