Tiga maut dalam kemalangan bas berdekatan Kampung Paris
Posted by admin on August 16th, 2012 09:43 AM | No Comment
KINABATANGAN: Kegembiraan 38 penumpang termasuk 31 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sabah dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba berakhir tragedi apabila bas dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik beberapa kali menyebabkan tiga penumpang maut.
Bandaraya Melaka dan Haikou, China jalin kerjasama tingkat palancongan
Posted by admin on August 16th, 2012 09:22 AM | No Comment
MELAKA: Bandaraya Melaka akan bekerjasama dengan Bandaraya Haikou, di China dalam aspek pemuliharaan bangunan-bangunan bersejarah dan keindahan pulau bagi menarik lebih ramai pelancong melawat negeri bersejarah ini.
Kanak-kanak lima tahun maut dilanggar ketika ke kedai runcit
Posted by admin on August 16th, 2012 07:59 AM | No Comment
TEMERLOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang berbasikal ke sebuah kedai runcit berdekatan rumahnya, maut dilanggar sebuah lori di hadapan kedai berkenaan di Taman Tualang Indah, dekat kawasan perindustrian Temerloh.
Polis Bachok rampas mercun disembunyi dalam kandang kambing
Posted by admin on August 16th, 2012 07:07 AM | No Comment
BACHOK: Polis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM4,500 daripada seorang lelaki yang disembunyikan dalam kandang kambing dekat rumahnya di Kampung Kuchelong di sini, Selasa lepas.
MBSA sedang kenal pasti lokasi sesuai bina terminal bas baru
Posted by admin on August 16th, 2012 06:40 AM | No Comment
SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sedang mengenal pasti lokasi sesuai untuk membina terminal bas baru bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih tersusun dan selesa kepada pengguna di bandar raya itu.
Tetap tak keluar lesen sementara
Posted by admin on August 15th, 2012 11:52 PM | No Comment
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan mengeluarkan lesen sementara kepada peniaga haram di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) walaupun hanya tinggal beberapa hari lagi menjelang Aidilfitri.
Tulis nota dedah kejadian
Posted by admin on August 15th, 2012 11:50 PM | No Comment
KUALA LUMPUR: “Anak sempat memberitahu ibunya dan menulis nota kepada pemandu ambulans memaklumkan teman lelaki yang membakarnya sebelum tidak sedarkan diri,” kata bapa gadis mangsa dibakar teman lelaki, Mat Zaki Mat Hussin, 45.
Teman lelaki diburu
Posted by admin on August 15th, 2012 11:50 PM | No Comment
KUALA LUMPUR: Teman lelaki Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, remaja yang dibakar di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi Isnin lalu, kini diburu polis kerana disyaki sebagai suspek utama yang bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam berkenaan.
Keluarga syukur dapat bantuan
Posted by admin on August 15th, 2012 11:48 PM | No Comment
KUALA LUMPUR: “Saya bersyukur dengan kurniaan dan sumbangan ini. Harapnya dapatlah gunakan sedikit sumbangan ini untuk pulang berjumpa keluarga di kampung di Sabah,” kata Junatal Aseh, 45.
Polis buru geng remaja
Posted by admin on August 15th, 2012 11:42 PM | No Comment
KUALA LUMPUR: Sekumpulan antara empat hingga lima remaja lelaki dikesan bergiat aktif menyamun beberapa kafe siber di sekitar Lembah Klang dengan bersenjatakan parang serta pisau.