Selangor wajib menang
Posted by admin on April 22nd, 2013 09:21 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Pertembungan Selangor dan kelab India, East Bengal di Stadium Shah Alam, malam ini bakal menjadi penentu hala tuju kedua-dua pasukan dalam saingan Piala AFC musim ini.
Amaran Kim Her buat Koo-Tan
Posted by admin on April 22nd, 2013 09:19 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Jangan tewas kepada beregu tidak ternama! Itu amaran diberi ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her kepada pasangan emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong bagi memastikan mereka berada di kemuncak prestasi menjelang Kejohanan Dunia di Guangzhou, Ogos ini.
Haris, Khairul jadi taruhan Red Warriors benam Maziya
Posted by admin on April 22nd, 2013 09:18 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Gandingan dua pemain tempatan - Haris Safwan Mohd Kamal dan Khairul Izuan Rosli - menjadi taruhan Bojan Hodak untuk digandingkan bersama bintang muda Australia, Dimitri Petratos pada perlawanan kelima peringkat Kumpulan G, Piala AFC bertemu kelab Maldives, Maziya S&RC di tempat lawan petang ini.
Man Utd muncul juara Liga Perdana Inggeris
Posted by admin on April 22nd, 2013 09:10 PM | No Comment
LONDON: Manchester United mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini miliknya apabila memperoleh kemenangan 3-0 ke atas Aston Villa di Old Trafford, sebentar tadi.
Zulfahmi kukuh kedudukan Moto3
Posted by admin on April 22nd, 2013 09:09 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Di sebalik pelbagai kesukaran, jaguh MotoGP negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin berjaya menamatkan perlumbaan GP Amerika di kedudukan ketujuh perlumbaan Moto3 yang mengukuhkan posisinya di kedudukan keseluruhan senarai pelumba, kelmarin.
Rosberg kecewa hambar pada perlumbaan sebenar
Posted by admin on April 22nd, 2013 09:08 PM | No Comment
Sakhir (Bahrain): Jentera yang dipandu Nico Rosberg membuahkan kejayaan petak utama buat kali kedua pada Grand Prix Bahrain namun kejayaan itu gagal diserlahkan pada hari perlumbaan sebenar.
Marquez pelumba termuda juarai saingan MotoGP
Posted by admin on April 22nd, 2013 09:07 PM | No Comment
Austin: Pelumba Sepanyol, Marc Marquez menjadi pelumba termuda menjuarai perlumbaan MotoGP apabila unggul melintasi garisan penamat Grand Prix Amerika Syarikat kelmarin.
Man Utd dahului Aston Villa 3-0
Posted by admin on April 22nd, 2013 07:59 PM | No Comment
LONDON: Manchester United kian hampiri kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila mendahului Aston Villa 3-0 selepas tamat separuh masa pertama di Old Trafford, sebentar tadi.
Kerusi melayang dipukul ribut
Posted by admin on April 22nd, 2013 07:05 PM | No Comment
SEREMBAN: "Ketika hujan lebat, siulan angin begitu kuat sebelum melihat besi, kerusi, cawan dan payung gerai melayang. Saya terlalu takut sebelum suami menasihatkan supaya berlindung di dalam gerai," kata Habsah Ujang, 42, seorang daripada lapan pengusaha gerai di Medan Selera Gelanggang Paroi, di sini, yang menjadi mangsa ribut, petang semalam.
Amukan awal pagi
Posted by admin on April 22nd, 2013 07:03 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Amukan awal pagi. Itu yang berlaku membabitkan sekumpulan 30 lelaki berusia 20-an hingga 30-an apabila mengejar dan menyerang seorang lelaki warga asing dan seorang pengawal keselamatan, kelmarin.