Banjir empat negeri makin buruk
Posted by admin on November 5th, 2012 11:31 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Banjir di empat negeri - Selangor, Johor, Perak dan Melaka bertambah buruk semalam, dengan 3,556 mangsa dipindahkan ke 33 pusat pemindahan. Di Selangor, sekurang-kurangnya 10 kampung dan taman perumahan di Dengkil dan kawasan sekitarnya yang sebelum ini hanya menghadapi banjir kilat, kini terjejas teruk apabila dinaiki air antara satu hingga dua meter.
Pelaburan emas haram: 142kg emas, RM101j disita
Posted by admin on November 5th, 2012 11:28 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Sebanyak 142.7 kilogram emas dan RM101.92 juta dalam akaun bank serta tunai disita daripada empat syarikat yang terbabit dalam skim pelaburan haram menggunakan emas.
Nenek nanti 40 tahun duduki SPM
Posted by admin on November 5th, 2012 11:19 PM | No Comment
Yan: Penantian seorang nenek tiga cucu untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejak 40 tahun lalu, tercapai semalam. Hasanah Abdullah, 55, menduduki peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Chempedak, di sini, sebagai calon persendirian.
Tak cadang mansuh perangkap had laju
Posted by admin on November 5th, 2012 11:17 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Kerajaan tidak bercadang memansuhkan sistem kamera elektronik perangkap had laju bagi mengesan pesalah trafik walaupun Sistem Penguatkuasaaan Automatik (AES) dilaksanakan.
Kerjasama tingkat liberalisasi
Posted by admin on November 5th, 2012 11:15 PM | No Comment
Datuk Seri Najib Razak berkata Asia dan Eropah perlu bekerjasama meningkatkan liberalisasi bagi menggalakkan perdagangan dan menolak sebarang bentuk dasar perlindungan.
Lapan aspek perlu perhatian
Posted by admin on November 5th, 2012 11:14 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Kejayaan negara melaksanakan program transformasi bergantung kepada keazaman rakyat untuk melakukan perubahan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Zaid letak jawatan Presiden KITA
Posted by admin on November 5th, 2012 11:12 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Datuk Zaid Ibrahim semalam mengesahkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).
Selaras tugas antara agensi
Posted by admin on November 5th, 2012 11:10 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang melaksanakan penyelarasan antara agensi bagi mengurangkan risiko bencana alam berikutan banjir yang mula melanda beberapa negeri.
Hujan diramal tanpa henti minggu ini
Posted by admin on November 5th, 2012 11:10 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Hujan pada waktu petang hingga malam diramalkan berterusan di negeri Pantai Barat terutama di Perak, Selangor, Melaka dan Johor, sepanjang minggu ini.
JPM arah banteras semua ajaran sesat
Posted by admin on November 5th, 2012 11:07 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengarahkan 14 Majlis Agama Islam negeri memperkukuh usaha membanteras ajaran sesat, termasuk usaha menghidupkan semula al-Arqam bagi memastikan akidah umat Islam tidak terpesong.