Taliban untung besar
Posted by admin on July 31st, 2012 10:21 PM | No Comment
Kandahar: Ketika Amerika Syarikat mencanangkan kejayaan memujuk Pakistan menamatkan sekatan bekalan selama tujuh bulan kepada tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan, Pejuang Taliban meraikan apa yang disifatkan sebagai kembalinya sumber kekayaan kepada mereka.
Kapal angkasa China ke bulan 2013
Posted by admin on July 31st, 2012 10:17 PM | No Comment
China berkata ia akan mendaratkan kapal penjelajahan di bulan buat kali pertama tahun depan, sebagai sebahagian program angkasa lepas yang termasuk rancangan jangka panjang meletakkan angkasawannya di bulan.
Rancangan TV ada sijil halal
Posted by admin on July 31st, 2012 10:16 PM | No Comment
Jakarta: Rancangan televisyen Indonesia akan dicap dengan tanda dagang Halal Majlis Ulema Indonesia (MUI) di bawah satu rancangan yang ketika ini dibincangkan antara MUI dan Suruhanjaya Penyiaran Jawa Barat.
Kerja kuat bahaya bagi ibu hamil
Posted by admin on July 31st, 2012 10:15 PM | No Comment
London: Kesan bekerja terlampau kuat bagi ibu yang hamil pada peringkat akhir kehamilan dilaporkan sama dengan bahaya merokok ketika hamil, menurut kajian.
Khairul lepasi ranjau
Posted by admin on July 31st, 2012 08:36 PM | No Comment
London: Pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad melepasi ranjau apabila menewaskan pemanah dari China, Xing Yu untuk gah layak ke pusingan ketiga dalam acara memanah individu, semalam.
Peluru kena mata tembusi kepala
Posted by admin on July 31st, 2012 08:35 PM | No Comment
JELI: “Ketika bertemunya pada awal Ramadan lalu, arwah menyatakan hasrat mahu menghadiahkan pakaian baru untuk anak saya sempena Aidilfitri, tetapi hasratnya itu terkubur bersama jasadnya apabila dia maut ditembak,” kata wanita dikenali sebagai Kak Sah, 46.
Pengurus saman Hafiz
Posted by admin on July 31st, 2012 08:35 PM | No Comment
KUALA LUMPUR: “Akibat kejadian itu saya hilang peluang pekerjaan dan malu dengan apa yang berlaku. Antara saya dengan penyanyi Adira hanya rakan sekerja,” kata Nur Haniza Mohd Azhar, 25, yang memfailkan saman menuntut ganti rugi RM200,194 terhadap juara Akademi Fantasia (AF) 7, Hafiz.
Gelisah ibu tidak pulang
Posted by admin on July 31st, 2012 08:35 PM | No Comment
IPOH: “Hati saya tidak keruan apabila ibu masih tidak pulang ke rumah walaupun waktu berbuka puasa semakin hampir. Saya cuba hubungi telefon bimbitnya berulang kali namun gagal,” kata Nor Aishah Ahmad Dol, 30, anak kepada Saadiah Yahya, 55, yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan bomba dan motosikal berhampiran lampu isyarat simpang empat di Jalan Raja Musa Aziz dan Jalan Raja Idris Shah, di sini, semalam.
Chong Wei enggan pandang remeh cabaran Simon
Posted by admin on July 31st, 2012 08:33 PM | No Comment
Tiket ke suku akhir sudah mula menggamit Lee Chong Wei dan sesungguhnya dia tidak rela mensia-siakan lagi peluang itu.
Impian raih pingat musnah
Posted by admin on July 31st, 2012 08:25 PM | No Comment
London: Aksi matang Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee jelas tertera, malam tadi - namun keringat mereka itu belum memadai untuk dikalungkan sebarang pingat dan terpaksa berundur penuh hampa selepas tamat acara terjun 10 meter platform seirama wanita.