Geng langgar, samun tumpas
Posted by admin on July 20th, 2012 11:59 PM | No Comment
KUALA LUMPUR: Enam lelaki dikenali sebagai ‘Geng Motorbike Fendi’ yang aktif melakukan samun menggunakan taktik melanggar kereta mangsa sebelum menyamun ditahan dalam beberapa serbuan Rabu, kelmarin dan semalam, di sekitar ibu kota.
Banduan terima enam tahun lagi penjara
Posted by admin on July 20th, 2012 11:58 PM | No Comment
MELAKA: Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara empat tahun terpaksa menjalani tempoh hukuman lebih panjang apabila dihukum penjara enam tahun lagi oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan mencuri, pecah rumah dan memiliki harta curi.
Dentuman gegar dapur
Posted by admin on July 20th, 2012 11:58 PM | No Comment
KUALA TERENGGANU: “Saya dengar bunyi dentuman dan terkejut apabila melihat kedai makan ayah runtuh serta ada sebuah kereta terperosok dalam dapur,” kata Abdul Hadi Hamzah, 21, anak pemilik kedai makan yang dirempuh kereta seorang anggota polis di Jalan Sultan Mahmud di sini, awal pagi, semalam.
Tipu RM400,000
Posted by admin on July 20th, 2012 11:52 PM | No Comment
KUALA LUMPUR: Berbekalkan skim pemberian wang kepada warga emas, dua lelaki termasuk seorang bergelar Datuk dipercayai sudah menipu lebih lima warga emas dan melarikan wang tunai lebih RM400,000 sejak awal bulan lalu.
Polis cari anak perempuan mangsa
Posted by admin on July 20th, 2012 11:52 PM | No Comment
KLANG: Polis masih mengesan dua individu iaitu anak perempuan mangsa dan seorang rakannya yang dipercayai berada di rumah ketika seorang wanita warga emas berusia 72 tahun ditemui mati di Kapar, Sabtu lalu.
Helikopter rosak jatuh sungai
Posted by admin on July 20th, 2012 11:52 PM | No Comment
SEBUYAU: Plastik yang ditiup menjadi gelembung udara jadi penyelamat bagi seorang juruterbang yang terpaksa terjun ke sungai dan berenang ke darat selama empat jam selepas helikopter dipandu terhempas antara muara Sungai Lupar dan Lingga, semalam.
Buruh maut dihempap lori bawa baja sawit
Posted by admin on July 20th, 2012 11:48 PM | No Comment
KUANTAN: Seorang buruh Indonesia yang duduk bersama sembilan rakannya di belakang lori membawa muatan baja, maut selepas kenderaan berat itu terbalik sebelum menghempapnya di jalan ladang kelapa sawit dekat Felda Tersang 1, Raub, semalam.
Kongsi nikmat
Posted by admin on July 20th, 2012 11:48 PM | No Comment
JERANTUT: Keuntungan dan kemewahan diperoleh Felda tidak hanya memberi manfaat kepada peneroka tetapi seluruh rakyat negara ini yang turut sama merasai tempiasnya.
‘Usah tersilap pilih’
Posted by admin on July 20th, 2012 11:47 PM | No Comment
PEKAN: Rakyat diingat bijak memilih pemimpin kerana ia kunci kepada kemakmuran dan kestabilan negara seterusnya menjamin kesejahteraan rakyat pada masa depan.
Peluang kerja cerah
Posted by admin on July 20th, 2012 11:47 PM | No Comment
KUALA LUMPUR: Peluang graduan bidang Sains Perubatan memperoleh pekerjaan kini lebih terjamin berikutan terdapat permintaan tinggi untuk profesional dalam bidang itu khususnya di rantau Asia Tenggara menjelang 2020.