Gangguan bekalan air di sekitar Kuala Lumpur mulai pulih: Peter Chin
Posted by j5004f7t5 on January 14th, 2013 11:29 AM | No Comment
PUTRAJAYA: Gangguan bekalan air di kawasan sekitar Kuala Lumpur yang berlaku sejak 29 Disember lalu mulai pulih setelah kerja pemasangan paip pintasan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) disiapkan sehari lebih awal.
Anwar dibenar pinda penyataan tuntutan kes saman fitnah
Posted by admin on January 14th, 2013 10:56 AM | No Comment
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminda pernyataan tuntutan dalam kes saman fitnah RM10 juta yang dikemukakannya terhadap presiden Just World Movement, Dr Chandra Muzaffar.
Perhimpunan Sabtu lalu berniat jatuhkan kerajaan: Dr M
Posted by roy on January 14th, 2013 10:38 AM | No Comment
CYBERJAYA: Perhimpunan di Stadium Merdeka Sabtu lalu cuba meniru apa yang berlaku di sesetengah negara Arab dengan niat menjatuhkan kerajaan sedia ada, kerana penganjur merasakan ia tidak boleh menang pilihan raya umum nanti, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Nik Aziz akur ketetapan larang kalimah Allah pada Bible
Posted by j5004f7t5 on January 14th, 2013 10:26 AM | No Comment
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah pada Bible versi Bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, menukar pendirian dan sebaliknya cuba menjelaskan kenapa kalimah itu tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.
Hanya RM199 untuk dapatkan lesen motosikal B2 menerusi BL1M
Posted by admin on January 14th, 2013 10:14 AM | No Comment
KUALA LUMPUR: Kira-kira 500,000 pemohon baru lesen motosikal kelas B2 hanyA membayar yuran serendah RM199 menerusi program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang dilancarkan hujung bulan ini.