Kambing RM1 seekor
Posted by admin on January 20th, 2013 07:59 PM | No Comment
Johor Bahru: Sempena sambutan Maulidur Rasul Khamis ini, seorang penternak kambing menawarkan haiwan itu dengan harga RM1 seekor untuk bayi yang dilahirkan pada hari berkenaan di hospital kerajaan negeri ini.
Alyah ‘terduduk’
Posted by roy on January 20th, 2013 07:59 PM | No Comment
Petaling Jaya: Saya tidak tahu menahu mengenai wang RM40,000 yang dikata dilarikan bekas pembantu peribadi, malah saya tidak tahu langsung berapa jumlah duit di dalam akaun kerana urusan perbankan diuruskannya,” kata Alyah Hassan.
Chong Wei juarai Terbuka Malaysia
Posted by Veronica9iv on January 20th, 2013 02:18 PM | No Comment
KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei melakar nama sebagai pemain negara paling berjaya selepas memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia dengan bergaya untuk kali kesembilan di Stadium Putra di Bukit Jalil di sini, hari ini.
728 berlindung di pusat banjir
Posted by roy on January 19th, 2013 01:33 PM | No Comment
Kota Tinggi: Seramai 728 orang membabitkan 148 keluarga terpaksa dipindahkan ke tiga pusat pemindahan semalam, berikutan banjir setinggi 0.5 meter akibat hujan berterusan sejak petang kelmarin.
Perkosa, cabul dua zuriat
Posted by Veronica9iv on January 19th, 2013 01:29 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Ayah sayang Ina macam ayah sayangkan ibu. Ayah tak mahu berjauhan dengan Ina kerana wajah Ina sama macam ibu,” itu ungkapan yang sering didengar Harlina, 19, (bukan nama sebenar) setiap kali 'dijamah' bapanya.
Serbu ‘kompleks goyang’
Posted by j5004f7t5 on January 19th, 2013 01:29 PM | No Comment
Ampang: Bukan sekadar dibelai wanita pelayan pelanggan (GRO), beberapa pengunjung sebuah kompleks pusat hiburan tiga tingkat di Pandan Indah, di sini, didapati turut khayal, dipercayai kerana mengambil dadah, ketika diserbu polis awal pagi semalam.
Mayat sangkut kayu
Posted by roy on January 19th, 2013 01:29 PM | No Comment
Baling: Mayat seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Sungai Kuala Pegang, Khamis lalu, ditemui penduduk tersangkut pada sebatang kayu, lima kilometer daripada tempat mangsa terjatuh, semalam.
Dentuman dalam gelap
Posted by roy on January 19th, 2013 01:29 PM | No Comment
Alor Gajah: Saya dibantu beberapa pelanggan lain membantu mengangkat mangsa yang terperosok di dalam longkang dan melihat beberapa jarinya turut bergerak laju seperti memberi satu isyarat.
Tiga rakyat kita selamat
Posted by j5004f7t5 on January 19th, 2013 06:48 AM | No Comment
KUALA LUMPUR: Tiga rakyat Malaysia yang bekerja di pangkalan pangkalan gas, In Amenas, Algeria yang menjadi tebusan dalam serangan sekumpulan militan Rabu lalu, dilaporkan selamat dan menghubungi pihak Kedutaan Malaysia di sana kira-kira jam 2 petang (9 malam waktu Malaysia), semalam.
Milik Jozan
Posted by j5004f7t5 on January 19th, 2013 06:48 AM | No Comment
JOHOR BAHRU: Saya rasa sebak atas semangat Johan yang sanggup datang hari ini walaupun masih perlu berehat dan menjalani rawatan lutut. Saya anggap ini adalah rezeki dan tanda sokongan daripada peminat,” kata Mohd Razizan Abd Razak atau lebih popular dengan nama Zizan selepas kumpulan Jozan yang dianggotai bersama Johan, muncul juara program Maharaja Lawak Mega 2012, malam tadi.