Lokasi agama puak minoriti dimusnah
Posted by adrianwolsters on January 23rd, 2013 08:30 PM | No Comment
Beirut: Kumpulan pemberontak Syria sengaja memusnahkan atau membenarkan kawasan agama minoriti di utara negara dirompak pada November dan Disember 2012, kata Human Right Watch semalam.
Seorang lagi ahli politik Pakistan mati ditembak
Posted by j5004f7t5 on January 23rd, 2013 08:23 PM | No Comment
Karachi: Seorang ahli politik Pakistan ditembak mati di sini dalam pembunuhan kedua seperti itu dalam tempoh seminggu, kata polis semalam, menambah kebimbangan bahawa keganasan mungkin membayangi pilihan raya umum yang dijangka diadakan tahun ini.
Kereta tanpa kawalan bantu pemandu tidur
Posted by admin on January 23rd, 2013 08:17 PM | No Comment
Beijing: Tentera China sedang membangunkan kenderaan tanpa pemandu, lapor media rasmi tentera, semalam sambil menambah ia boleh digunakan oleh orang awam bagi mengurangkan keletihan memandu dan membolehkan pemandu tidur dengan aman.
Wanita India ambil langkah elak jenayah seksual
Posted by Veronica9iv on January 23rd, 2013 08:16 PM | No Comment
New Delhi: Wanita di ibu kota ini, mengikuti kelas seni mempertahankan diri, membeli serbuk lada, menempah teksi dengan pemandu wanita atau balik kerja awal, semuanya tanda meningkatnya perasaan tidak selamat selepas insiden merogol beramai-ramai dan pembunuhan seorang pelajar bulan lalu.
Gempa bumi landa barat Indonesia
Posted by admin on January 22nd, 2013 07:26 PM | No Comment
Banda Aceh: Penduduk bahagian barat Indonesia panik dan segera keluar rumah masing-masing semalam, selepas gempa bumi magnitud 6.0 skala Richter melanda diikuti gegaran pada kekuatan 4.7 beberapa minit kemudian.
17 korban cuaca sejuk
Posted by j5004f7t5 on January 22nd, 2013 07:21 PM | No Comment
Kabul: Cuaca sejuk melampau mengorbankan 17 orang, kebanyakannya kanak-kanak di khemah pelarian Afghanistan, kata Amnesty International semalam. Kematian itu berlaku dua minggu pertama bulan ini di sini dan Herat, yang menempatkan setengah juta pelarian perang
Remaja mahu jadi ahli sihir
Posted by roy on January 22nd, 2013 07:20 PM | No Comment
Suva: Dua remaja dituduh pihak berkuasa Fiji cuba melakukan sihir selepas menggali kubur, mencuri tengkorak dan menyembunyikannya. Remaja berusia 17 dan 19 tahun itu dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan menceroboh perkuburan dan berlagak ahli sihir. November lalu, polis Fiji mengeluarkan kenyataan menuduh remaja tidak dinamakan itu menggali kubur lelaki 60 tahun yang meninggal empat tahun lalu.
3 maut lelaki tembak pengadu dalam mahkamah
Posted by roy on January 22nd, 2013 07:16 PM | No Comment
Manila: Seorang lelaki Kanada melepaskan tembakan dalam mahkamah di sini semalam menyebabkan dua orang maut dan seorang pendakwa cedera sebelum dia ditembak mati polis.
Taliban serang polis Kabul sembilan jam
Posted by admin on January 21st, 2013 04:32 PM | No Comment
Kabul: Ibu pejabat polis di ibu negara Afghanistan diserang pasukan penyerang bunuh diri Taliban awal semalam menyebabkan tiga anggota keselamatan terbunuh.
Bukti DNA cukup dakwa perogol
Posted by roy on January 21st, 2013 04:31 PM | No Comment
New Delhi: Siasatan DNA ke atas pakaian dipenuhi darah dan calitan tubuh mengaitkan lima lelaki dan seorang juvana yang merogol secara beramai-ramai dan membunuh seorang wanita di sini, menyediakan cukup bukti untuk mendakwa mereka.