Nur Suryani jadi tumpuan media AS
Posted by admin on July 25th, 2012 08:22 AM | No Comment
NEW YORK: Keazaman atlet hamil Malaysia, Nur Suryani Mohamed Taibi, 29, untuk memenangi pingat dalam acara menembak pada sukan Olimpik London, bukan saja menarik perhatian ramai penulis blog, malah akhbar terkemuka seperti New York Daily News, New York Times dan Columbus Despatch.
Polis Kelantan tubuh skuad pantau mercun
Posted by admin on July 25th, 2012 07:15 AM | No Comment
MACHANG: Polis Kelantan menubuhkan skuad khas untuk memantau penjualan mercun yang dilarang di premis perniagaan, bermula awal Ramadan hingga sambutan Aidilfitri ini.
Buku Irshad Manji: 31 Julai pendengaran kebenaran semakan kehakiman
Posted by admin on July 25th, 2012 06:45 AM | No Comment
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh syarikat penerbitan buku terjemahan Irshad Manji 'Allah, Kebebasan dan Cinta' terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Penjual permata didakwa culik anak Datuk
Posted by admin on July 25th, 2012 05:44 AM | No Comment
SHAH ALAM: Seorang penjual batu permata dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan menculik, mengurung dan menahan seorang budak lelaki berumur sembilan tahun yang juga anak kepada seorang 'Datuk', bagi menuntut wang tebusan RM850,000 tujuh tahun lalu.
Pembalakan: Kerajaan Kedah diminta henti berdolak-dalik
Posted by admin on July 25th, 2012 04:30 AM | No Comment
ALOR SETAR: Kerajaan Kedah diminta berhenti daripada terus berdolak-dalik mengenai kesan pembersihan hutan di Gunung Inas yang menjejaskan sumber air penduduk di kawasan sekitar.
Arroyo dibenarkan diikat jamin, tetapi masih ditahan
Posted by admin on July 25th, 2012 04:20 AM | No Comment
MANILA (Filipina): Mahkamah Filipina membenarkan bekas Presiden, Gloria Macapagal Arroyo diikat jamin atas tuduhan mensabotaj pilihan raya yang dihadapinya, bagaimanapun, beliau tidak akan dibebaskan serta-merta kerana masih menghadapi kes rasuah yang belum selesai.
Kemunculan sulung IHH Healthcare pada premium 27 sen
Posted by admin on July 25th, 2012 04:04 AM | No Comment
KUALA LUMPUR: IHH Healthcare Bhd (IHH), pengendali hospital terbesar di Asia, hari ini membuat kemunculan sulung di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada harga RM3.07 dengan premium 27 sen berbanding harga tawaran awam permulaannya (IPO) RM2.80 serta 35.771 juta saham diniagakan.
Gempa: Gegaran turut dirasai di Pulau Pinang
Posted by admin on July 25th, 2012 03:42 AM | No Comment
GEORGETOWN: Gempa bumi yang menggegarkan Simeulue, Sumatera Utara, Indonesia pagi ini turut dirasai penduduk di negeri ini.
Presiden Ghana meninggal dunia
Posted by admin on July 25th, 2012 02:00 AM | No Comment
ACCRA: Presiden Ghana, John Atta Mills meninggal dunia pada usia 68 tahun hari ini dengan kematiannya sebulan sebelum tempoh mengadakan pilihan raya semula sebagai benteng mengekalkan demokrasi di Afrika Barat.
Tentera Syria mara ke Aleppo
Posted by admin on July 25th, 2012 12:07 AM | No Comment
BEIRUT: Sejumlah besar tentera Syria mara ke wilayah barat laut Idlib untuk menawan semula bandaraya kedua terbesar, Aleppo, daripada pihak pemberontak.