Serah kepada polis siasat
Posted by j5004f7t5 on January 12th, 2013 03:04 PM | No Comment
Baling: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah menyerahkan kepada polis berhubung insiden yang membabitkan kenderaan pacuan empat roda jabatan berkenaan dibakar oleh sekumpulan lelaki dipercayai tonto dalam kejadian di Ayer Tawar, Perak, kelmarin.
756 kes dilupus
Posted by admin on January 12th, 2013 03:04 PM | No Comment
Putrajaya: Statistik kes di Mahkamah Persekutuan mendapati sebanyak 759 kes daripada 1,375 kes berjaya dilupuskan sepanjang tahun lalu membabitkan kes yang difailkan pada 2012 dan tahun sebelumnya.
Gagal lari mesin ATM
Posted by j5004f7t5 on January 12th, 2013 03:03 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Lima lelaki berputih mata selepas cubaan mereka melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Seksyen 10, Wangsa Maju, di sini, gagal selepas tali yang digunakan untuk mengheret mesin itu putus, awal pagi semalam.
Adik istimewa ‘Korea mari’
Posted by j5004f7t5 on January 12th, 2013 03:02 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Membimbangkan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaut keuntungan mudah dengan mengambil kesempatan terhadap populariti budaya Korea seperti K-Pop dan K-Drama dalam kalangan masyarakat Malaysia terutama golongan muda dengan menawarkan 'adik' istimewa dari negara berkenaan.
Nangis buku rentung
Posted by roy on January 12th, 2013 03:01 PM | No Comment
Kota Bharu: Kedua-dua cucu saya menangis malam selepas kejadian itu kerana buku dan pakaian sekolah mereka hangus,” kata Rakiah Abdullah, 56, nenek kepada dua mangsa kebakaran membabitkan empat rumah di Kampung Paloh, di sini, kelmarin.
Durian gincu, kopi gesek
Posted by roy on January 12th, 2013 03:01 PM | No Comment
Medan: Selain mencari isteri bulanan, segelintir lelaki Malaysia dikesan berkunjung ke sini untuk menikmati khidmat pemuas nafsu dikenali sebagai 'durian gincu' dan 'kopi gesek'.
Lemas lepas nahas
Posted by roy on January 12th, 2013 03:01 PM | No Comment
Arau: Saya sedih hasrat ayah mahu menjamah pulut kuning tidak kesampaian selepas dia maut akibat lemas selepas terbabit dalam kemalangan. Sebelum itu, arwah sempat berpesan supaya saya menyimpan pulut berkenaan untuknya sebelum keluar dari rumah.”
Terbaik di kalangan terbaik
Posted by j5004f7t5 on January 12th, 2013 03:01 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Geraknya tangkas, serangan tangan dan kakinya padu. Bukan calang-calang lawan mampu menumbangkannya. Itulah kehebatan jaguh taekwondo negara, Elaine Teo Shueh Fhern.
Porsche ragut nyawa gadis
Posted by roy on January 12th, 2013 02:37 PM | No Comment
Georgetown: Kegembiraan dua sahabat bersiar-siar pada malam minggu bertukar tragedi apabila seorang daripadanya meninggal dunia selepas kereta jenis Porsche 911 yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Jalan Kelawei/Jalan Cantonment, di sini, semalam.
Taktik tarik pelanggan
Posted by admin on January 12th, 2013 02:25 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Polis percaya kemunculan gadis Korea sebagai pekerja seks sambilan di sebuah pusat spa dan kesihatan di sini sebagai usaha terkini sindiket pelacuran mempelbagaikan tawaran kepada lelaki hidung belang.