Johor Darul Takzim bangkit
Posted by admin on January 11th, 2013 09:26 PM | No Comment
Johor Bahru: Johor Darul Takzim kembali menemui sentuhan kemenangan selepas menang tipis 1-0 ke atas Perak yang hanya beraksi dengan sembilan pemain sepanjang babak kedua pada saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.
Pahang beri amaran jadi pencabar juara
Posted by roy on January 11th, 2013 09:25 PM | No Comment
Petaling Jaya: Pahang yang baru dinaikkan pangkat ke saingan Liga Super musim ini memberikan amaran awal apabila mengukuhkan cengkaman di puncak carta liga selepas membenam FELDA United 1-0 di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), petang semalam.
Polis, Bujang Senang kenduri gol
Posted by roy on January 11th, 2013 09:24 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Polis terus berpesta gol dalam kancah Liga Perdana musim ini apabila menewaskan Kuala Lumpur 4-0 di Stadium KLFA, Cheras semalam dengan semua gol dihasilkan selepas pertahanan tuan rumah, Ahmad Jihad Ismail dilayangkan kad merah pada minit ke-55.
Chong Wei ke separuh akhir Terbuka Korea
Posted by admin on January 11th, 2013 09:22 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Laluan jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei untuk menjulang gelaran ketiga Terbuka Korea semakin cerah apabila mara ke separuh akhir kejohanan pembuka tirai musim ini di Seoul, semalam.
Jangan ‘bunuh’ karier Ramdan: Elyas
Posted by roy on January 11th, 2013 09:22 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dinasihatkan tidak membunuh karier Misbun Ramdan Misbun semata-mata dia bertindak keluar daripada badan induk itu, sebaliknya membantunya dalam mengembangkan lagi potensi dan bakat yang ada pada dirinya.
Everton yakin halang semangat Swansea
Posted by j5004f7t5 on January 11th, 2013 09:20 PM | No Comment
Liverpool: Leon Osman yakin Everton mampu mengukuhkan cengkaman untuk merebut tempat secara automatik dalam saingan Liga Juara-Juara apabila mereka menanti kunjungan Swansea di Goodison Park, hari ini.
Peluang Benitez kian pudar
Posted by j5004f7t5 on January 11th, 2013 09:20 PM | No Comment
London: Kedudukan Rafael Benitez di Stamford Bridge terjamin untuk sekurang-kurangnya sehingga akhir musim ini, tetapi peluangnya untuk menukar kontrak daripada pengendali sementara kepada jawatan tetap boleh dianggap tertutup.
Usah perlekeh cabaran Liverpool: Scholes
Posted by admin on January 11th, 2013 09:20 PM | No Comment
London: Dua kelab paling berjaya dalam arena bola sepak Inggeris akan bertemu sekali lagi dalam saingan Liga Perdana apabila Manchester United menanti kunjungan Liverpool di Old Trafford esok.
Kelebihan Redknapp bimbangkan Villas-Boas
Posted by admin on January 11th, 2013 09:16 PM | No Comment
London: Andre Villas-Boas percaya pengetahuan mendalam Harry Redknapp mengenai beberapa pemain utama Tottenham Hotspur akan memberi kelebihan kepadanya apabila bertemu buat pertama kali dengan bekas kelabnya itu sejak meninggalkan White Hart Lane.
Filem Monsun uji keupayaan pelajar UMK
Posted by roy on January 11th, 2013 08:58 PM | No Comment
Kuala Lumpur: Biarpun dalam lingkungan kewangan dan politik terhad, Monsun menjadi filem komersial pertama diterbitkan sepenuhnya di Pantai Timur, khususnya Kelantan dengan menelan kos RM150,000.