Selangor mula congak langkah
Posted by j5004f7t5 on January 9th, 2013 09:52 PM | No Comment
JURULATIH Selangor, Irfan Bakti Abu Salim menganggap kemenangan 1-0 ke atas Negeri Sembilan pada aksi pembukaan Liga Super di Stadium Shah Alam malam kelmarin mampu dijadikan suntikan motivasi dalam usaha The Red Giants mempamerkan rentak lebih konsisten musim ini.
UniKL tampil laung amaran awal
Posted by roy on January 9th, 2013 09:52 PM | No Comment
LIGA Hoki Remaja (MJHL) 2013 akan membuka tirainya secara rasmi hari ini.Pada edisi kali ini, MJHL mencatat rekod tertinggi penyertaan dengan 28 pasukan bakal beradu kekuatan masing-masing.
Harga sebenar Mat Yo
Posted by admin on January 9th, 2013 09:52 PM | No Comment
NILAI tebus kontrak penyerang Johor Darul Takzim (Johor DT), Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo bakal terjawab hari ini.
Singa Afrika diancam pupus
Posted by roy on January 9th, 2013 09:52 PM | No Comment
ABUJA, Nigeria - Singa Afrika Barat kini berdepan kepupusan dengan jumlah haiwan itu amat rendah apabila cuma terdapat 34 ekor singa berkenaan di Nigeria, lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Telefon pintar paling nipis di dunia
Posted by admin on January 9th, 2013 09:52 PM | No Comment
PARIS - Syarikat peralatan Perancis, Alcatel memperkenalkan model baharu One Touch Idol Ultra yang didakwa telefon pintar paling nipis di dunia, lapor laman web infomobile.
Terselamat daripada maut selepas berlindung di bawah jeti
Posted by admin on January 9th, 2013 09:52 PM | No Comment
HOBART - Sebuah keluarga di Australia terselamat daripada maut dengan berlindung di bawah sebuah jeti apabila kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran hutan, lapor akhbar MailOnline semalam
Omran kecam masyarakat antarabangsa
Posted by admin on January 9th, 2013 09:52 PM | No Comment
BEIRUT - Menteri Penerangan Syria, Omran Al-Zoubi mengecam masyarakat antarabangsa kerana menolak cadangan Presiden Bashar Al-Assad bagi menamatkan perang saudara di negara ini.
Berlusconi diarah bayar bekas isteri RM791,180 sehari
Posted by roy on January 9th, 2013 09:52 PM | No Comment
ROM - Bekas perdana menteri Itali, Silvio Berlusconi mengecam tiga hakim wanita sebagai feminis dan komunis kelmarin kerana memutuskan beliau berhutang AS$260,000 (RM791,180) sehari kepada isterinya berhubung penyelesaian perceraian mereka.
Mengucap demi wang
Posted by roy on January 9th, 2013 09:51 PM | No Comment
Sepang: Lima beranak mualaf disyaki memeluk Islam dengan bermotifkan wang selepas dikesan melafaz kalimah syahadah sebanyak empat kali di masjid serta surau berbeza di daerah ini dan Shah Alam, sebelum mengaut sumbangan orang ramai berjumlah lebih RM11,000.
‘Boy’ pulang minum
Posted by j5004f7t5 on January 9th, 2013 09:51 PM | No Comment
Tasek Gelugor: Seorang daripada suspek yang meloloskan diri daripada kawalan polis, Mohd Noor Mustafa, 28, atau dikenali sebagai 'Boy' bersama rakannya, dipercayai memecah masuk rumah yang pernah didiaminya di Kampung Tun Sardon, dekat sini, dan mengambil beberapa helai pakaian beberapa jam selepas meninggalkan van polis di Padang Chempedak, Isnin lalu.